berita

Netizen Teruja Aaron Aziz Jumpa Chris Hemsworth, Nama Syamsul Pula Kena Petik -‘Sol Nangis Bucu Katil’

June 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Datuk Aaron Aziz membuat ramai peminat merasa ‘cemburu’ selepas dia berpeluang berjumpa dengan bintang terkenal Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero, Thor baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:  ‘I Take All The Blame & Responsibility’ – Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Berpanjangan

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedia Berdamai Dengan Syarat Dia Datang Berjumpa Saya & Minta Maaf’

Jumpa Thor

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz akui bersyukur apabila diberikan peluang tersebut.

Difahamkan Aaron menerima jemputan eksklusif sempena Malam Gala Filem Extraction 2 lakonan aktor tampan berasal dari Australia itu yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Metro Manila, Filipina pada Isnin.

Alhamdulillah bersyukur di atas peluang yang diberikan. Allah sebaik-baik perancang. @NetflixMY @NetflixFilm #TylerRakeLives #Extraction2PH.

Fight scenes gempak gila! 100 times better than Fast X. Kalian semua kena tengok.

Menerusi video sama, aktor kelahiran Singapura itu turut dilihat berpeluang berjabat tangan dan bergambar bersama Chris.

Petik nama Syamsul

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dan gembira apabila melihat Aaron berada satu pentas dengan Chris. 

Pun begitu, ada juga segelintir netizen seolah-olah memerli pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang pernah menggugurkan nama Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster (TOG) sebelum ini.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×