berita

‘I Take All The Blame & Responsibility’ – Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Berpanjangan

March 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Aaron Aziz bersumpah bersaksikan al-Quran bahawa dia tidak berbohong dan mendakwa telah dianiaya berikutan isu namanya digugurkan daripada filem The Original Gangster arahan pengarah Syamsul Yusof.

Artikel berkaitan: ‘Jauhkanlah Hati Daripada Berprasangka Buruk Terhadap Orang Lain Terutama Emak Sendiri’ – Yusof Haslam

Artikel berkaitan: ‘Jangan Biarkan Mereka Berdua Memalukan & Menjatuhkan Maruah Jawi’ – Puteri Sarah

Artikel berkaitan: ‘Isteri Kedua Saya Memang Dengar Kata, Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun’ – Syamsul Yusof

Terbaru, Syamsul Yusof tampil bersuara mengenai perkara tersebut.

Jangan salahkan mana-mana pihak

Menurut Syamsul, keputusan menggugurkan Aaron dibuat secara sebulat suara olehnya dan penerbit lain filem ini.

Tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz dan Beto. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon.

Tambah Syamsul, dia mengambil semua kesalahan dan tanggungjawab berhubung apa yang sudah berlaku. Oleh itu, dia berharap isu ini tidak dipanjangkan.

Terdahulu, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz mendakwa, bermacam-macam usaha dilakukannya demi komitmen watak dalam filem terbabit namun dibuang mentah-mentah selepas pelbagai insiatif dilakukannya termasuk menyuntik ubat kurus (steroid).

Dakwa Aaron lagi, dia dianiaya Syamsul sehingga namanya digugurkan pada saat akhir selepas bermacam pengorbanan dilakukan untuk filem tersebut.

Sumber: Syamsul Yusof

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×