berita

Netizen Timbul Dakwaan, ‘Korek’ Balik Kontroversi Shakilla.. Jumpa ‘Posting’ Bekas Isteri Fariz Di Mahkamah Syariah?

February 25th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

killa

Belum habis penat bertungkus lumus untuk majlis pernikahan, pelakon Shakilla Khoriri menjadi target netizen di media sosial apabila habis cerita lama dibongkar.

Artikel Berkaitan: Ramona Kongsi Foto Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin, Dah Nikah Ke?

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ralat Majlis Diceroboh ‘Orang Luar’, Minta Beri Ruang & Masa – ‘Ada Hati Kecil Yang Perlu Saya Jaga’

Pasti ke suami orang?

shakilla kahwin

Menerusi video di TikTok @entah.apo2, pengelola (admin) memuat naik beberapa keping foto mesra Shakilla ketika didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika ditemu bual pada ketika itu, pelakon drama Bukan Khadijah menafikan dakwaan dirinya pernah berzina dengan mana-mana lelaki dan menganggap tuduhan tersebut sangat melampau.

Selain itu, Shakilla juga menepis dakwaan yang mengatakan dia menjadi penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.

Posting lama netizen cari

FIZI ALI-3

Sementara itu, hantaran-hantaran Instagram Stories yang pernah dimuat naik bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali turut dikongsikan semula.

Hantaran FB bekas isteri

Ailanee Josmin

Bukan itu saja, netizen turut singgah di Facebook (FB) bekas isteri kepada Fariz. Posting yang dibuat pada 11 September 2023 mencuri perhatian warganet untuk membaca.

Sentiasa disuruh, ditegur untuk berdamai dengan takdir. Baiklah saya turutkan.

Semoga kalian berbahagia atas segala perbuatan kalian.

Menurut sumber, tempoh idah bekas isteri Fariz baru selesai pada Januari lalu.

Semalam, Shakilla sah bergelar isteri untuk kali kedua kepada Fariz dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.

Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×