Gambar sekadar hiasan
Aksi ganas dua beradik yang saling melibas parang sesama mereka berakhir tragedi selepas salah seorang daripadanya maut akibat pergaduhan tersebut.
Artikel Berkaitan: Gaduh Adik Beradik, Bayi Berusia Setahun Ditetak Bapa Saudara Hingga Mati
Perut terburai, tangan hampir putus
Memetik laporan portal Tribune Medan, kejadian yang berlaku di daerah Samosir, Indonesia itu melibatkan dua beradik yang berusia 44 dan 47 tahun.
Difahamkan, pergaduhan di antara mereka tercetus disebabkan oleh masalah dalam keluarga yang mereka alami.
Berdasarkan maklumat, pada awalnya mangsa, Baringin Manullang, 47 dan adiknya, Mardame, 44 hanya bertengkar mulut namun, tanpa disedari kedua-dua mereka sudah memegang parang dan saling melibas antara satu sama lain.
Disebabkan itu, jiran berhampiran tidak berani untuk meleraikan masalah kerana turut risau akan menjadi sasaran.
Pergaduhan itu kemudiannya berakhir dengan tragedi selepas Baringin terkena libasan pada bahagian tangan dan perut yang menyebabkannya maut ditempat kejadian.
Jasad Baringin kemudiannya ditemukan kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian dalam keadaan perut yang terburai.
Pihak polis kemudiannya menahan Mardame bagi membantu siasatan.
Sumber: Tribune Medan