Foto: Harian Metro
Seorang bayi perempuan berusia setahun disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat ditetak oleh bapa saudaranya. Difahamkan, insiden ngeri itu berpunca daripada pergaduhan yang berlaku antara ahli keluarga.
Artikel Berkaitan: Bercakap Terlalu Kuat Di Telefon, Pembantu Kedai Ditetak Oleh Rakan
Artikel Berkaitan: Padah ‘Larang’ Beli Dadah Guna Duit I-Sinar, Anak Cekik & Tetak Ibu Hingga Maut
Gaduh adik beradik
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah yang terletak di Kampung Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor. Difahamkan, pada awalnya, pergaduhan antara antara adik beradik itu berlaku di rumah orang tua mereka sebelum dileraikan.
Namun, tidak lama kemudian, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu mula beredar dari rumah tersebut dan menuju ke sebuah rumah berhampiran yang dihuni oleh adik iparnya.
Dia kemudian menggunakan parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Bagaimanapun parang panjang yang dilibas itu sebaliknya mengenai kepala bayi berusia setahun.
Tidak terhenti di situ, suspek sekali lagi menghayunkan parang untuk menyerang adik iparnya namun tindakannya itu berjaya dihalang oleh ahli keluarga. Mereka kemudian menghubungi pihak polis untuk melaporkan tentang kejadian. Suspek juga telah ditahan untuk tindakan selanjutnya yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: Harian Metro