Multiracial Reverted Muslims atau lebih dikenali dengan nama MRM merupakan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan untuk menfokuskan mengenai ajaran Islam yang sebenar dan mendidik mereka yang baru memeluk agama Islam. Pendekatan yang digunakan oleh MRM juga banyak membantu orang bukan Islam lebih memahami Islam.
Sumbangan MRM hampir RM1 juta
Alhamdulilah. Syukur kepada Allah kerana sekali lagi kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) diberikan peluang oleh Allah Subhana Wa Ta’ala untuk menyumbang kepada program @jawifoodbank dan kali ini kami menyumbang 200 pek bernilai hampir RM10,000.
Kali pertama kami menyumbang untuk JAWI Foodbank adalah pada bulan April 2020 di mana MRM telah menyerahkan 1,000 pek bekalan asas bernilai RM50,000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), @drzulkifli.albakri .
Selain berperanan sebagai NGO yang berteraskan Islam, MRM juga dikenali sebagai satu pertubuhan yang banyak memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuklah untuk program kebajikan.
Seperti perkongsian Ustaz Firdaus Wong Wai Hung di Facebook, sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara, MRM telah memberi sumbangan berjumlah hampir RM1 Juta.
Selain itu, baru-baru ini MRM bersama Jawi Food Bank dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membantu hampir 130 penduduk asnaf di Sri Kelantan,Sentul. Bukan itu sahaja, MRM telah memberi sumbangan barangan berjumlah hampir RM25,000 kepada 500 orang penduduk PPR Hiliran Ampang.
Bantu B40, frontliners, Foodbank
Dari bermulanya COVID19 pada bulan March sehingga kini, dengan sumbangan dan sokongan sahabat semua, kami di MRM telah menyumbang hampir RM1juta kepada golongan B40 di seluruh negara, ‘frontliners’, Foodbank dan program kebajikan lain. Alhamdulilah.
Tanpa bantuan dari Allah Subhana Wa Ta’ala menerusi sokongan dan sumbangan sahabat, tidak mungkin kami di MRM dapat melaksanakan semua program dakwah & kebajikan ini.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
Malah, mereka yang terkesan termasuklah golongan B40, petugas barisan hadapan yang banyak berkorban memerangai wabak ini, Foodbank dan beberapa program kebajikan turut menerima bantuan daripada MRM.
Dalam kesempatan itu, sekiranya ada pihak yang bermurah hati ingin menghulurkan bantuan, mereka diminta untuk menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun yang telah disediakan. Akhir sekali, MRM meluahkan rasa syukur atas sokongan dan bantuan yang diberikan.
Sumber: Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, Multiracial Reverted Muslims (MRM)