berita

Ni Cara Orang Kita Tunjukkan Kasih Sayang Mereka. foodpanda Pun Ada Cara Mereka Jugak Tau!

August 30th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Sedar tak sedar dah lebih setahun kita bersama mengharungi pandemik COVID-19. Saban hari macam-macam kisah kita dengar sampaikan ada yang hilang pekerjaan, hilang orang tersayang dan berdepan pelbagai cabaran lagi yang nyatanya tak mudah untuk dilalui.

Dalam usaha membangkitkan semula semangat rakyat Malaysia, foodpanda mengambil inisiatif untuk mengajak orang ramai berkongsi keriangan bersama orang sekeliling melalui kempen #sharejoy.

Kami kongsikan beberapa kisah #sharejoy yang mencuri tumpuan

Kongsi Syafitri, meski banyak waktu yang sukar dilalui berseorangan, ada juga keriangan yang dapat dicipta bersama keluarga. Katanya “Walaupun berjauhan, keriangan tetap dapat dirasai apabila dapat belanja keluarga makan dan itu memberikan kepuasan pada hati apabila melihat keriangan pada wajah keluarga.

Dengan adanya foodpanda, semua keriangan ini dapat dikongsi bersama keluarga tersayang. Berjauhan dengan keluarga bukan satu alasan untuk tidak memberikan rasa keriangan kepada keluarga dan diri sendiri.

foodpanda dapat mengerat hubungan walaupun jauh dimata tetapi selalu dekat di hati.

Sebagai seorang ayah, bukan senang nak imbangkan masa di antara kerjaya dan menguruskan anak-anak tetapi buat Edison Tan, dia menikmati setiap masa yang diluangkan bersama orang tersayang.

Mengakui tidak mempunyai masa untuk membeli barang makanan, dia sangat senang dapat menggunakan khidmat foodpanda, yang mana sekaligus membolehkan dia meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

Terima kasih frontliners! Meskipun sibuk menguruskan hal kecemasan setiap masa, namun petugas barisan hadapan juga tidak ketinggalan untuk #sharejoy bersama orang lain.

Tak ada yang lebih bermakna dari dapat melihat anak-anak membesar di depan mata sendiri kan? Pengalaman tu tak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Min Sulaiman menyifatkan antara cara dia berkongsi keriangan sepanjang tempoh PKP adalah dengan meluangkan masa bersama keluarga, bergaul, bermain dan menjadi teman terbaik sesama sendiri.

Melalui kempen #sharejoy, foodpanda juga nak berkongsi keriangan dengan mereka yang tak lokek menggembirakan orang lain. Oleh itu, foodpanda bermurah hati memberikan mereka ganjaran seperti baucar foodpanda, langganan pandapro dan hadiah grand prize bernilai RM1,000!

Joy Squad hulur bantuan bagi meringankan beban ibu tunggal

Menerusi kempen #sharejoy ini, foodpanda juga sempat menghulurkan bantuan kepada Aziana seorang ibu tunggal kepada 5 orang anak melalui Joy Squad.

Aziana yang juga mesra disapa sebagai kak Ana menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai pembantu jualan yong tau fu di pasar malam. Namun, semenjak PKPD dilaksanakan di kawasan tempat tinggalnya dia mula hilang punca pendapatan.

Meskipun begitu, kak Ana tidak berputus asa, dia mula berniaga secara kecil-kecilan secara talian pula. Dalam masa yang sama kak Ana juga menjual makanan masakannya sendiri bagi menjana pendapatan tambahan.

Keutamaan kak Ana pastinya adalah anak-anak dan pelajaran mereka. Dia mengakui agak mencabar untuk anak-anaknya meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hanya dengan berbekalkan sebuah telefon bimbit. Sehingga mereka perlu bergilir-gilir menggunakan telefon bimbit sewaktu PdPR.

Demi meringankan beban Kak Ana, Joy Squad mengambil keputusan untuk berkongsi kegembiraan dengan menghantarkan barang-barang keperluan harian melalui aplikasi foodpanda. 

Lebih istimewa lagi, team Joy Squad juga menghadiahkan tiga buah tablet dan satu unit wifi mudah alih khusus untuk memudahkan urusan pembelajaran anak-anak kak Ana.

Pemberian ini diharap dapat menjadi pembakar semangat untuk anak-anak kak Ana meneruskan pembelajaran dan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung kak Ana sepanjang berdepan cabaran kewangan di masa yang sukar ini.

Video penuh misi Joy Squad dalam membantu kak Ana boleh ditonton di sini:-

Jom terus #sharejoy bersama foodpanda!

Kami percaya benda baik macam ni tak harus berhenti di sini je, kita harus terus berkongsi kebahagiaan bersama keluarga, teman-teman dan orang lain di sekitar kita.

Jadi apa kata hari ini kita hantarkan makanan melalui foodpanda untuk orang tersayang! Mesti sedikit sebanyak dapat menyerikan hari diorang kan!

SKIP THIS AD ×