berita

Niat Nak Jadi Paling Cantik Musnah, Muka Pengantin Bengkak Akibat Salah MUA

March 15th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang pengantin perempuan dikejarkan ke hospital apabila mukanya mula membengkak kerana salah memilih jurusolek ketika hari perkahwinannya.

Artikel Berkaitan: Anak Sendiri Jadi MUA Mekap Ibu, Ramai Kata Untung Datang Pakai Baju Tidur Je

Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Pengsan & Kena Rasuk Sebelum Majlis, MUA Terpaksa Make Up Pengantin Dalam Keadaan Tidur

Artikel Berkaitan: Make Up Tiga Jam, Tak Sampai 10 Minit Dah Luntur…

Majlis kahwin dibatalkan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Serambi News, kejadian yang berlaku itu menyebabkan majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan atas permintaan daripada pengantin lelaki.

Jurusolek yang diupah dari Ganga Herbal Beauty Parlor and Spa di Arasikere itu difahamkan memperkenalkan teknik solek terkini iaitu solekan stim. Namun, hasil daripada teknik itu membuatkan muka pengantin perempuan mula membengkak dan lebam.

Pengantin perempuan mulanya bersetuju atas teknik solekan stim itu hanya kerana inginkan rupa paras yang jelita di hari bahagianya.

Kejadian itu mengejutkan pengantin lelaki dan keluarganya lalu meminta untuk majlis perkahwinan itu ditangguhkan pada tarikah yang lain sehingga wajah pengantin perempuan pulih.

Difahamkan, pasangan daripada India itu sepatutnya berkahwin pada 27 Februari lalu.

Sumber: Serambinews

SKIP THIS AD ×