
Personaliti media sosial, Farah Deluna, tampil menjelaskan bahawa tujuan asal dia bersuara sebelum ini adalah untuk menjernihkan kekeliruan susulan isu tular yang melibatkan dirinya.
Artikel Berkaitan: Aween Ismail Mohon Maaf Terpaksa Batal ‘Photoshoot’, Cedera Di Wajah Akibat Kemalangan
Jangan hina rupa paras

Menerusi satu hantaran di Threads, Farah atau nama sebenarnya Farah Hamdan, menyeru orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk buli siber serta tidak memperlekehkan rupa paras mana-mana individu.
Thank you for your support and tak expect benda akan jadi besar.
Niat saya speak up sebelum ini cuma satu, untuk bersihkan kekeliruan, bukan mengajak kepada kebencian.
Saya tahu awak semua risau tentang saya, dan ya, saya baik-baik saja.
Tetapi apa yang awak semua lakukan ini tidak betul.
Jangan lakukan buli siber atau menghina rupa paras sesiapa.
Tolong hentikan perkara ini.
Kita lebih baik daripada itu.
Dalam masa sama, Farah turut berharap agar menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan unsur kebencian terhadap pihak lain.
Doa yang baik-baik dan semua dipermudahkan dengan baik.
Jangan ada posting yang berunsur mengajak kepada kebencian.
Saya amat menghargainya jika kita dapat menyebarkan kebaikan sesama insan.
Sebelum ini, nama Farah Deluna terpalit dengan kontroversi selepas didakwa menjadi punca akaun Instagram sebuah jenama tudung dinyahaktifkan.
Sumber: Threads







