berita

‘Niat Untuk Mengacah Namun Secara Tiba-Tiba..’ – Isteri Maut Dibakar Suami Tanpa Sengaja

February 18th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas bertarung nyawa selama 10 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat melecur selepas dibakar suami.

Menerusi laporan Kosmo! Online, suaminya yang tanpa sengaja membakar isteri akibat bergaduh menyerah diri selepas pengebumian mangsa.

Curah petrol ke badan sendiri

Keadaan kerusi kayu palet yang terbakar

Menurut, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata suami yang bekerja sebagai pemandu lori mengugut untuk membakar rumah mereka dengan menyimbah petrol pada palet kayu kecil yang dibawanya sebelum bertindak membakarnya.

Berang dengan tindakan suaminya itu, mangsa kemudian telah merampas bekas petrol itu sebelum mencurah ke badannya sendiri. Mangsa menyatakan kepada suaminya agar membakar dirinya sekali sekiranya ingin membakar rumah mereka.

Suspek yang turut berang dengan tindakan mangsa telah menyalakan api dari pemetik api dipercayai dengan niat untuk mengacah namun secara tiba-tiba api terus menyambar tudung mangsa hingga merebak ke seluruh badan.

Akibat jangkitan kuman pada kawasan melecur, mangsa, Rosnani Samsuddin disahkan meninggal dunia jam 4 pagi semalam. Kejadian yang berlaku pada 7 Februari lalu di rumah mereka di Batu 6, Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam dipercayai berpunca daripada pertelingkahan.

Meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa

Sekadar gambar hiasan

Tambahnya lagi, suspek ada membantu untuk memadamkan kebakaran selepas melihat mangsa berguling-berguling di lantai sambil menjerit meminta tolong.

Adik ipar mangsa mendapati sofa rumah tersebut terbakar dengan pasangan suami itu terbaring dalam keadaan melecur sebelum menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Bagaimanapun, mangsa yang melecur hampir 50 peratus di tangan dan muka kemudiannya telah dipindahkan ke HKL manakala suami mangsa berusia 41 tahun yang hanya melecur di tangan dan kaki dirawat sebagai pesakit luar.

Adik ipar yang tinggal bersebelahan rumah bergegas ke rumah mangsa selepas mendengar jeritan meminta tolong.

Bagaimanapun, berlaku pergaduhan antara mereka sejak lapan tahun lalu yang disyaki berpunca daripada hal-hal kecil seperti mangsa yang bekerja sebagai kerani sebuah kilang pulang lewat, tidak mengemas rumah dan sebagainya.

Suspek kemudiannya ditangkap pukul 11.30 malam tadi selepas menyerah diri selepas pengebumian mangsa.

Jelas Baharuddin lagi, siasatan lanjut mendapati pasangan terbabit telah berkahwin hampir 19 tahun dan dikurniakan lima cahaya mata.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/ 309 Kanun Keseksaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 304 kanun sama kerana mendatangkan kematian tanpa niat.

Sumber : Kosmo! Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×