Di Instagram, pelakon Nikita Willy berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: Tak Nak Jumpa Ramai Orang, Nikita Willy Pilih Bersalin Di Amerika Syarikat
Artikel Berkaitan: Kurang Tidur & Tidak Sempat Bersolek, Nikita Willy Akui ‘Postpartum’ Sukar
Sedih dan reda
Menurut Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy, dia berasa sedih namun reda apabila belum diberikan rezeki menimang cahaya mata untuk kali kedua.
Difahamkan, Nikita mengalami keguguran sewaktu usia kandungannya berusia tujuh minggu dan berita sedih itu dikongsikan olehnya sendiri menerusi satu rakaman video.
Dalam perkongsian itu juga, Nikita turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada suami tercinta iaitu Indra Priawan Djokosoetono yang sentiasa berada di sisinya.
Indra telah menjadi tulang belakang kehidupanku saat ini sewaktu saya rasa nak jatuh dan terduduk.
Di samping itu, Nikita turut berkongsi faktor utama dia mengalami keguguran. Ujar Nikita, ia berlaku disebabkan kehamilan yang abnormal (tidak normal) dan kandungannya itu tidak mampu bertahan lama selama sembilan bulan.
Di akhir video, Nikita sempat memberi pesanan kepada semua wanita senasib dengannya supaya tidak bersendirian dan mencari rakan sekeliling yang dapat memberi semangat semula.
Kepada anda semua diluar sana harap jangan bersendirian dan cari rakan yang boleh bantu anda disaat tengah getir.
Sumber: Nikita Willy