
Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Nina Sabrina mendedahkan anaknya, Jeanelle Nika Mandagie adalah orang paling gembira apabila mengetahui dia bakal mendapat adik lelaki.
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Suka Dengar Jeanelle Cakap Bahasa Melayu – ‘Dulu Macam Membebel Dengan Pintu’
Artikel Berkaitan: Nina Sabrina Ismail Sabri Umum Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata Pertama Bersama Hafiz Osman
Paling gembira

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Nina memuat naik gambar memaparkan keterujaan Jeanelle apabila mendapat tahu jantina adiknya semasa majlis ‘gender reveal‘ yang diadakan baru-baru ini.
Kata Nina, Jeanelle sangat berharap dia mendapat adik lelaki selepas mendapat tahu dia berbadan dua.
Jeanelle orang yang paling teruja apabila dapat tahu kami akan menimang cahaya mata lelaki.
Dia tidak henti berdoa mahukan seorang adik lelaki sejak hari pertama saya disahkan hamil.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat reaksi jujur daripada Jeanelle yang dilihat gembira bakal mendapat seorang adik lelaki.
Seloroh netizen, kebiasaannya anak sulung perempuan dan adik lelaki akan membentuk satu hubungan istimewa yang penuh kasih sayang.
Sumber: Threads








