![[VIDEO] Zul Ariffin Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Tonton DVD – ‘Saya Belajar Berlakon & Cara Sebutan Dari Situ’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/zul-ariffin-77.jpg)
Pelakon versatil, Zul Ariffin mendedahkan cara yang dilakukannya untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Berstatus Isteri Terpaksa ‘Unfollow’ Zul Ariffin, Nak Jaga Hati Suami – ‘Awak Nampak Kacak’
Artikel Berkaitan: Ramai Peminat Tak Keruan Lihat Zul Ariffin ‘Post’ Gambar Tak Berbaju Di Tepi Pantai
Perkongsian Zul
Menerusi podcast Studio Sembang, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin, 39, memberitahu bahawa dia tidak begitu bagus bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Zul kemudian mengambil inisiatif untuk mempelajarinya dengan menonton filem menerusi DVD (Digital Video Disc).
Dulu saya tak pandai cakap Bahasa Inggeris.
Saya belajar Bahasa Inggeris menerusi DVD, sumpah!
Saya belajar belakon, belajar Bahasa Inggeris dan cara sebutan, semuanya dari DVD.
Disebabkan nak job, itulah yang dipanggil dedikasi.
Usaha luar biasa yang dilakukan Zul itu turut mendapat pujian daripada hos podcast tersebut yang juga pelakon iaitu Amelia Henderson.
Bahasa Inggeris abang sangat bagus.
Tapi not bad, sangat dedikasi sampai sekarang.
Zul kalau call time pukul 4 pagi, dia akan ada dekat set pun pukul 4 pagi juga.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kaedah yang sama mereka gunakan untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Hampir sama cara kita belajar Bahasa Inggeris terutamanya cara sebutan. Saya tengok cerita Hollywood tapi letak sari kata Bahasa Inggeris juga.
Sama! Saya pun belajar macam itu. Mana perkataan yang tak faham saya akan salin dan cari dalam kamus.
Dalam masa yang sama, warganet juga kagum dengan pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu yang sangat menepati masa.
Disiplin dia memang bagus dari dulu. Dia pernah cakap, orang bayar nak tengok kita berlakon, so kena menjiwai sebaik mungkin.
Masa penentu kejayaan. Jaga masa, Allah bagi kejayaan. Sebab tu Allah sentuh bab masa tapi banyak manusia mensia-siakan masa.
Sumber: Studio Sembang








