berita

Nissa Sabyan Ingin Undang Siti Nurhaliza & Nuha Bahrin Sertai Ke Konsert

June 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Vokalis kumpulan Sabyan, Nissa atau nama sebenarnya Khoirunnisa menanam impian untuk mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nuha Bahrin untuk sama-sama menjayakan konsert Sabyan di Melaka.

Artikel Berkaitan: ‘Sudah Sadar Belum?’ – Muat Naik Video Promo Lagu, Nissa Sabyan Kembali ‘Diserang’ Peminat

Pernah berkolaborasi bersama

Saya pernah berkolaborasi bersama Siti Nurhaliza dan juga Nuha Bahrin dan Naufal Azrin tetapi tidak pernah satu pentas bersama mereka.

Mudah-mudahan impian saya itu dapat tercapai.

Nissa mendedahkan perkara itu ketika ditemui OhBulan! ketika sidang media konsert Sabyan Live In Malaysia yang bertempat di Gadior Hong Kong Muslim Restoran pada pagi Khamis.

Sekadar info, konsert Sabyan Live In Malaysia yang bertemakan ‘Alunan Cinta Puisi Ilahi’ bakal diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka pada 26 Ogos ini yang dibawakan khas oleh Paksi Jayamas Sd. Bhd dengan kerjasama dan sokong penuh Kerajaan Negeri Melaka.

SKIP THIS AD ×