berita

‘Kami Macam Adik-Beradik’- Nuha & Naufal Nafi Bercinta

March 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelantun lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mengakui bahawa mereka tidak mempunyai perasaan cinta terhadap masing-masing walaupun peminat merestui hubungan mereka.

Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Harap ‘Jika’ Naufal & Nuha Bahrin Pecah Rekod Industri Muzik

Artikel Berkaitan: ‘Jantung Degup, Bukan Denyut!’ – Cikgu Zack Kirana Tegur Perkataan Salah Dalam Lirik Lagu ‘Casablanca’

Tak fokus kepada percintaan

Menurut Nuha ketika ditemui OhBulan!, dia menegaskan bahawa hubungan bersama rakan duetnya itu hanyalah sebagai teman dan hubungan mereka ibarat abang dan adik sahaja.

Kami bersyukur dengan penyokong yang sukakan gandingan kami berdua, tapi kami minta maaf sebab buatkan anda semua kecewa sebab kami macam adik-beradik sahaja.

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga menjelaskan bahawa fokus mereka pada ketika ini hanyalah pada kerjaya anak seni dan katanya, hubungan cinta bukanlah satu keutamaan pada waktu ini.

Kami pula masih baru lagi di dalam industri ini jadi kami tak mungkin bercinta kerana saya masih banyak lagi keutamaan dalam kehidupan dan kerjaya ini untuk difokuskan.

Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin ini mendedahkan bahawa Naufal mempunyai kriteria lelaki sempurna yang ada pada seorang kawan.

Saya rasa Naufal ada ciri-ciri sempurna yang ada pada seorang kawan baik, tapi sayangnya kami tak rasa kami boleh jadi lebih daripada itu.

Mereka yang tampil sedondon memakai baju berona biru muda semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, menegaskan bahawa mereka juga tidak pernah keluar bersama jika bukan atas dasar kerja.

Tidak. Kami tidak pernah keluar bersama-sama kalau bukan atas dasar kerja.

Dalam pada itu, pasangan duet popular itu baru sahaja melancarkan sebuah lagu zikir bertajuk Iktiraf di laman YouTube sempena bulan Ramadan tahun ini.

SKIP THIS AD ×