Foto: Pika
Keterujaan sebuah keluarga untuk menikmati rangka ayam sebagai juadah berbuka yang dipercayai dibeli di bazar Ramadan dengan harga RM5 terpaksa dilupakan selepas ayam yang dibeli tidak dicuci dengan betul.
Kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat peniaga di luar sana dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai Pika menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Artikel Berkaitan: ‘Makanan Basi Janganlah Jual…’
Artikel Berkaitan:Peniaga Kecewa, Kena Maki Dengan Pelanggan Sebab Lambat Reply Whatsapp
Beli dekat pasar Ramadan
Foto: Pika
Menerusi ciapan tersebut, gadis ini mendakwa ayam yang dibeli sama sekali tidak disiang oleh peniaga dan rangka tersebut dipenuhi dengan isi perut ayam. Ujarnya lagi, rangka ayam tersebut hanya dicelup tepung dan digoreng sebelum dijual kepada para pembeli.
Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ini. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam? Tengoklah pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung.
Sebagai bukti, gadis ini turut berkongsi satu video ibunya yang bertindak memotong bahagian pedal dan alangkah terkejutnya mereka mendapati ‘sisa’ yang sepatutnya dibuang dibiarkan begitu sahaja.
Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah anaiya orang macam ini sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan?
Bukanlah untuk aibkan mana-mana pihak
Ujar gadis ini lagi, tujuannya berkongsi gambar tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sekadar memberi peringatan kepada para peniaga supaya mementingkan aspek kebersihan.
But peniaga bazar Ramadan ini too much la kalau dah sampai tahap kebersihan tak terjaga macam ini. Mohon semua peniaga duduk kejap muhasabah diri tu betul ke tak aku buat ni. Betulkan niat dulu. Kalau jadi kat family kau, kau nak ke bagi family kau makan makanan macam ni?
Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi Ramadan. Nak maki, tapi tambah dosa.
Video penuh:
Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak- anak makan. Sama-sama puasa kan? pic.twitter.com/RfgjY6kwJA
— Phikasuuu (@pikasekri) April 5, 2022
Sumber: Pika