berita

Noh Salleh Dedah Nama Sebenar Anak Angkat – ‘Musa Mohammad Noh Bin Abdullah’

January 29th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Noh Salleh

Penyanyi Noh Salleh mendedahkan nama lengkap anak angkatnya, Musa iaitu Musa Mohammad Noh Bin Abdullah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Bekas Suami Tunggu Saya Tiada Di Malaysia Untuk Ambil Musa’ – Mizz Nina

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Tahu Kami Dilarang Memuat Naik Gambar Musa Di Media Sosial’ – Noh Salleh Minta Maaf Dengan Athira

Nama penuh Musa

Noh Salleh

Tindakan Noh berbuat demikian selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada sebuah hantaran video yang bertanyakan mengapa Musa ber ‘bin’ namanya.

Pemilik nama sebenar Mohammad Noh Salleh kemudian membalas komen berkenaan sekali gus menjawab teka-teki yang bermain dalam kalangan wargamaya.

Terdahulu, vokalis kumpulan Hujan itu tampil memohon maaf kepada ibu kandung Musa susulan tindakannya memuat naik foto kanak-kanak tersebut di laman sosial.

Malah, ibu kandung Musa yang mahu dikenali sebagai Athira mendakwa telah dimanupulasi oleh Noh.

Menurut Noh, dia tidak tahu menahu mengenai perjanjian yang dibuat oleh bekas isteri iaitu aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dengan Athira berhubung beberapa syarat dan larangan ketika membesarkan Musa.

Mizz Nina kemudian tampil bersuara dengan mendedahkan Noh sudah hilang hak penjagaan Musa selepas mereka bercerai sekitar Ogos 2022.

Malah, pemilik nama lengkap Shazrina Azman mendakwa Noh telah membawa Musa keluar daripada rumahnya tanpa pengetahuannya ketika dia pergi ke luar negara tahun lalu.

Untuk info, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos 2022 lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×