berita

Noh Salleh Hitung Hari, Kongsi Gambar Baju Nikah Dengan Fatin Athira

September 13th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Athira Mustapa pada 23 September ini.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam

Nikah dengan pilihan hati

Terbaharu, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38 tampil memuat naik gambar baju pernikahan berona putih menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat tarikh perkahwinan yang bakal diadakan tertera pada penyangkut baju tersebut.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Noh berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Noh dikatakan mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya, pada Mei lalu. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja

Sumber: Instagram

 

SKIP THIS AD ×