
Pelakon, Noki berkongsi pengalaman apabila berpeluang berlakon bersama seorang kanak-kanak istimewa dalam drama terbaharunya berjudul Aku Pilih Pelangi.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tanam Dalam Kepala, Nak Murah Rezeki Kena Bahagiakan Isteri’ – Zahiril Adzim
Cabaran

Noki yang membawakan watak Iskandar dalam naskhah tersebut mengakui bukan mudah untuk mendekati kanak-kanak berkenaan pada awalnya, namun menganggap itu sebagai satu cabaran yang perlu diatasi sebagai pelakon.
Adib (watak kanak-kanak istimewa) merupakan adik kepada Iskandar, ada satu babak dalam drama ini yang memaparkan Iskandar buat Nayla (Mira Filzah) sampai menangis.
Adib tiada dalam babak itu, tetapi selepas pengarah ‘cut’, dia marah saya sampai pukul saya beul-betul. Dia tanya kenapa buat kak Nayla sampai menangis.
Namun, saya suka perasaan itu. Maksudnya inilah cabaran untuk saya jayakan watak Iskandar. Menjadi tugas saya untuk memastikan Adib ini seperti adik kandung saya yang betul.
Noki berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Aku Pilih Pelangi yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, anggota kumpulan K-Clique itu mengakui proses untuk merapatkan hubungan dengan Adib memerlukan kesabaran dan pendekatan yang lembut.
Kata Noki, keserasian yang terjalin bukan sahaja membantu dalam menjayakan watak, malah menjadikan keseluruhan proses penggambaran satu pengalaman berharga.
Saya akui memamg susah untuk ambil hati Adib, tetapi saya syukur segalanya dipermudahkan. Hari pertama berlakon dengan Adib memang agak ‘struggle’. Tetapi lama-lama semakin okay.
Kami berdua lama-lama jadi serasi dan kemudian boleh berkawan. Saya ajak dia makan sama-sama, layan karenah dia dan sebagainya.
Sampaikan, bila bahagiannya dalam drama tersebut habis, dia tetap datang ke lokasi penggambaran sebab nak lihat saya dan pelakon lain berlakon.
Selain Noki, drama Aku Pilih Pelangi yang disiarkan di platform Viu turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Zahiril Adzim dan Mira Filzah.








