
Pelakon, Ieda Moin tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan membabitkan sahabat baiknya yang juga pelakon, Noorkhiriah yang didakwa menghilangkan diri daripada radar seni sejak beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Meninggal, Apa Kita Nak Jawab?’ – Noorkhiriah Praktik Tiga Tips Kekal Istiqamah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ieda Moin Kecewa Bayaran Lakonan ‘Mengarut’ – ‘Ada Artis Sanggup Ambil Harga Rendah’
Noorkhiriah hilang?

Risau dengan keadaan tersebut, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 47, berkata, dia sedang berusaha menghubungi Noorkhiriah dan tidak mengetahui punca mengapa sahabatnya itu tiba-tiba menyepi.
Saya sendiri sedang mencari kawan saya yang MIA (missing in action). Nombor yang biasa saya hubungi dia sudah tidak aktif.
Dia juga menyahaktifkan semua media sosialnya. Selalunya, sebagai seorang kawan, kalau dia ada masalah, dia akan bercerita dengan saya.
Tetapi kali ini mungkin dia berada dalam satu fasa yang memerlukan dia menghilang tanpa sebab.
Ieda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela terbitan Viu Original di ibu kota, pada Khamis.
Bercerita lanjut, Ieda memberitahu ramai pihak turut menghubunginya untuk mendapatkan perkembangan mengenai Noorkhiriah memandangkan dia antara rakan yang mempunyai nombor telefon rumah pelakon berkenaan.
Ramai yang telefon saya dan cari dia. Mereka tanya saya sebab saya antara kawan yang ada nombor telefon rumah dia. Saya memang boleh hubungi dia. Tetapi saya tidak mahu, kerana mahu beri dia ruang untuk bertenang. Selalunya dalam keadaan seperti ini, kita kena beri dia masa.
Dalam pada itu, Ieda berkata, kali terakhir dia berhubung dan bertemu Noorkhiriah adalah ketika Ramadan lalu, sewaktu mereka menjalani penggambaran sebuah drama.
Kali terakhir saya berhubung dengan dia adalah sebelum raya. Kali terakhir kami menjalani penggambaran drama Seribu Tahun adalah ketika bulan puasa. Memang ada pertanyaan daripada orang sekeliling.
Buat masa ini, saya tidak tahu apa masalah yang dia hadapi. Saya cuma beri dia ruang dan masa untuk bertenang. Walaupun ada desas-desus mengatakan dia merajuk atau sebagainya, mungkin isu yang dihadapinya agak besar.







