Hantaran terbaharu usahawan dan pempengaruh Noor Nabila di media sosial mengenai bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad bersempena dengan ulang tahun kelahirannya mencuri perhatian.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Angkat Isyarat ‘L’, Netizen Menyesal Anggap Wanita ‘Classy’ – ‘Ingatkan Lain, Rupanya Sama’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Beri ‘Hint’ Ingin Kembali Berumah Tangga? – ‘Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan’

‘Janji yang kita buat…’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor, 41, menitipkan ucapan istimewa kepada Sharnaaz kerana bersetuju untuk mengasuh anak bersama (co-parenting) selepas perceraian mereka.

Ujar Nabila, co-parenting tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya tiada kata sepakat dicapai.

Orang selalu bertanya macam mana kami mampu menjayakan perjalanan co-parenting ini. Hakikatnya, tiada panduan pun.

Hanya dua insan yang pernah berkongsi segalanya dan kemudian memilih bukan untuk menyimpan luka sebaliknya berkongsi apa yang paling berharga iaitu seorang anak lelaki.

Sebuah tujuan yang sama dan janji yang terukir sejak hari pertama kami mendukung Jebat Jayden.

‘Syukur’

Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan rasa berterima kasih kepada Sharnaaz kerana memegang dan menunaikan janji yang pernah dibuat dulu.

Terima kasih kerana menunaikan janji itu bersama saya.

Kerana memilih ketenangan daripada ego. Kerana tetap berdiri sebagai satu pasukan.

Dan kerana tidak pernah gagal hadir untuk anak kecil yang menjadikan kita ibu dan ayah.

Saya bangga melihat siapa diri awak hari ini dan amat menghargai peranan awak sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.

Untuk rekod, Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 7 tahun.

Sumber: Instagram