berita

Nora Danish Mahu Jumpa Dengan Pihak Yang Tak Puas Hati Dengannya

June 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-17 at 10.43.17 PM

Daripada bergelar isteri orang sehinggalah kini menjadi ibu tunggal anak satu, ada sahaja kontroversi yang menghambat si hot mama ni kan?

Semalam, kisah akaun palsu yang menyamar sebagai ibu kepada Fasha Sandha juga telah secara tidak langsung membabitkan namanya. Padahal, pelakon ni tak tahu apa pun.

Artikel Berkaitan: Ibu Fasha Sandha Jadi Mangsa Fitnah Di Instagram?

Mungkin letih dengan pelbagai isu yang melanda, Nora telah memuat naik dua keping ‘luahan perasaan’nya di laman Instagram. Menariknya, pelakon genit comel itu mahu bersemuka dengan pihak yang tidak puas hati dengannya. Haa.. ada berani?

nora danish

Luahan perasaan Nora Danish

Bukan itu sahaja, Nora juga mengingatkan para wartawan supaya tidak menulis artikel yang akan melaga-lagakan dirinya dengan pihak lain.

Namun realitinya, imej seseorang selebriti itu sebenarnya bukan terletak ditangan penulis, sebaliknya di tangan peminat dan pemberi komen tegar itu sendiri.

Maka, tidak kiralah bagaimana seseorang wartawan itu menulis pun, kalau dah majoriti public suka, teruk mana pun, tetap akan suka. Tapi, kalau dah benci, tengok muka pun tak mahu. It is a reflection. Buktinya? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×