berita

Nora Danish & Rayqal Nampak Macam Adik Dengan Kakak

January 16th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bila sebut nama Nora Danish, pasti ramai yang terpegun melihat kecantikan dan kejelitan pelakon berkenaan meskipun kini sudah menjangkau usia 40-an.

Artikel Berkaitan: Sertai Majlis Ilmu, Nora Danish Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung Pemberian Arwah Siti Sarah

‘Macam kakak dengan adik’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Terbaharu, pelakon filem ‘Polis Evo’ itu tampil memuat naik video dirinya berjalan seiring bersama anak lelaki sulungnya, Putra Rayqal Ramli.

Dapat dilihat Nora yang memakai baju berona hitam memaut lengan anaknya itu sambil menuju masuk ke sebuah restoran.

Bukan itu sahaja, Rayqal yang sudah semakin tinggi membuatkan Nora kelihatan lebih kecil sehinggakan ramai yang beranggapan mereka persis seperti seorang adik dan juga kakak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Nora dan berpendapat bentuk badan Nora dilihat persis seperti gadis yang baru berusia 20-an meskipun sudah menjangkau usia 41 tahun.

Komen netizen

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×