berita

Sertai Majlis Ilmu, Nora Danish Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung Pemberian Arwah Siti Sarah

July 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Nora Danish meraih pujian wargamaya apabila tampil berpakaian sopan ketika menghadiri satu majlis ilmu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [FOTO] Muat Naik Foto Di Instagram, Nora Danish Kini Berhijab? Alahai Manisnya..

Tudung pemberian arwah Siti Sarah

Menerusi hantaran dimuat naiknya di Instagram, pelakon Polis Evo 3 itu berkongsi beberapa foto dirinya memakai pakaian berona cream bersama beberapa rakan artis yang lain.

Menurut Nora, pakaian yang digunakannya itu merupakan pemberian penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah kepadanya dan memang berniat untuk memakainya ketika menghadiri majlis tersebut.

Jubah dan tudung Nora dari Loveta, pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu harini.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita.

Nora juga menitipkan ucapan terima kasih buat tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana banyak berkongsi ilmu serta doa kepadanya dan rakan-rakan artis yang lain.

Cantik Nora pakai tudung

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Nora yang mengenakan tudung serta jubah di majlis ilmu tersebut serta berharap aktres jelita tersebut akan terdetik hati untuk berhijrah satu hari nanti.

Posting Nora Danish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×