berita

Nora Danish Suruh Janna Nick & Dini Schatzmann Cepat Buat Anak -‘Mesti Macam Patung’

June 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Nora Danish antara selebriti yang berkesempatan hadir menyaksikan hari bahagia pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann disatukan sebagai suami isteri, pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: Isteri Masih Di Wad Sebab Keguguran, Baim Wong Tetap Datang ‘Wedding’ Janna Nick

Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan

Cahaya mata

Nora menerusi hantaran di Instagram akui gembira melihat pasangan itu disatukan selain memuji penampilan Janna dan Dini yang sama cantik sama padan.

Malah, Nora akui tidak sabar untuk melihat pasangan itu menimang cahaya mata dan percaya zuriat mereka akan memiliki wajah yang comel seperti anak patung.

Majlis yang cukup bermakna. Sayang awak berdua (Janna dan Dini). Saya menangis. Tahniah sekali lagi.

Janna awak sangat cantik, Dini pun handsome! Cepat-cepat buat baby, sure macam patung.

Nora lawa sangat

Sementara itu, di ruangan balas, lain pula ceritanya apabila ramai yang memuji penampilan pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 41, yang begitu cantik sehingga dikatakan mengalahkan pengantin.

Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×