Di Instagram, pelakon, Norman Hakim berkongsi sebuah video di mana anaknya iaitu Danish Hakim, telah memberi sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri iaitu Abby Abadi.
Artikel berkaitan: Norman Hakim Kongsi Video Jumpa Mak Selepas 88 Hari PKP, Netizen Tumpang Sedih!
Lebih tersentuh, niat anak sulungnya itu sangat mulia kerana dia percaya rezeki yang diperoleh bakal bertambah.
Tak banyak pun
View this post on Instagram
Monthly, tak banyak pun. Abang believe in miracle sebab abang perasan so far abang bagi dekat mama dan papa walaupun jumlah yang kecil, tapi abang dapat pulangan yang berlipat kali ganda. Sorry tak banyak tau.
Menerusi video yang dikongsikan, Danish kelihatan memberi wang kepada papanya. Menurut Danish, jumlah yang diberikan itu tidak banyak namun, dia percaya mengenai keajaiban sekiranya dia bersedekah dan berkongsi rezeki dengan ibu bapa.
Menurut Norman Hakim pula, dia tidak pernah minta wang daripada anaknya. Namun, dia terkejut apabila anak sulungnya itu memberi wang bulanan kepadanya semalam. Ujar Norman, anaknya itu mungkin belajar dari dirinya dan bekas isteri. Ini kerana, mereka turut memberi wang kepada kedua ibu bapa.
Mama reaction
View this post on Instagram
My Mama’s reaction when i give her some of my monthly salary , alhamdulillah she’s very happy mann even her’s monthly salary are 10 times bigger than me.
Selain Norman, Abby turut kelihatan terkejut semasa menerima wang daripada anaknya itu. Menurut Abby dia sentiasa mendoakan anaknya dan berharap Danish turut mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.
Sumber: Norman Hakim & Danish Hakim