Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mulai semalam 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Oleh itu, individu yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.
Di Instagram, pelakon, Norman Hakim menggunakan peluang yang diberikan untuk menziarah ibu dan ahli keluarganya yang berada di Kuantan, Pahang.
Momen paling indah
View this post on Instagram
Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak @kamariah.kamat. Terima kasih Allah s.w.t utk kesempatan ini lagi. Terima kasih juga pada Abah @muhyiddinyassin_official ,Pak Long @ismailsabri60 ,Pak Ngah @noor_hisham_abdullah ,Pak Su @tzafrul_aziz dan seluruh frontliners @kementeriankesihatanmalaysia@pdrmsia_official @angkatantenterayang berkorban masa & tenaga untuk memastikan negara terutama kami semua sejahtera & selamat dgn izinNya.
Alhamdulillah perjalanan lancar dgn izinNya.Cuma bila dah sampai nak jamak solat ada sikit kekok sebab dah lama sangat tak menempuh perjalanan melebihi 2 marhalah.Allahu sebak sangat sujud syukur dgn nikmat & rahmat ni.Terima kasih sekali lagi Ya Allah.
Menurut Norman, semalam merupakan momen terindah buat dirinya kerana berpeluang untuk berjumpa dengan emak tersayang selepas 88 hari tidak berjumpa. Pada masa yang sama, dia juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat Perdana Menteri dan kesemua Menteri Kanan yang memberi kelonggaran buat masyarakat untuk pulang ke kampung. Tambahnya, jasa-jasa kesemua pemimpin dan para petugas dalam menangani wabak yang sedang berlaku sangat dihargai.
Mengulas mengenai perjalanan ke Kuantan, Norman memberitahu bahawa semuanya sangat lancar cuma, dia berasa sedikit kekok kerana ini merupakan perjalanan pertamanya melebihi 2 marhalah setelah 88 hari.
Tak sabar nak tunggu cuti
Melihat video yang dikongsikan, netizen turut membanjiri ruangan komen dan memberitahu mereka turut merindui keluarga di kampung halaman. Rata-rata mereka sedang menunggu cuti untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung.
Sumber: Norman Hakim