Pelakon dan usahawan, Norman Hakim menggalakkan anak-anaknya untuk menceburi bidang seni demi meraih pengalaman dan mendapat pendedahan dalam industri. Norman tidak menghalang jika mereka ingin ikut jejak langkahnya.
Artikel Berkaitan: Anak Masuk Program Realiti TV, Norman Hakim Bagi Pesanan – ‘Jangan Cepat Koyak, Kita Lelaki Kena Kuat’
Artikel Berkaitan: Selalu Jumpa Norman & Memey, Abby Abadi Jawab Tuduhan Tak ‘Move On’ – ‘Norman Tu Yang Selalu Datang’
Masuk bidang seni
Menerusi laporan Utusan Malaysia, kedua-dua anaknya, Mohamed Danish Hakim, 19, dan Marissa Dania Hakim, 17, telah mendapat tawaran dari penerbit yang membuka peluang buat mereka untuk mulakan lakonan.
Biar mereka belajar dan timba pengalaman dalam bidang ini. Cuma apa yang saya boleh nasihatkan adalah bila sudah melangkah masuk ke dalam dunia seni, teruskan.
Saya yakin kalau disertakan minat dan kesungguhan, mereka mampu membina nama atas bakat sendiri. InnsyaAllah mereka boleh.
Susulan itu, pelakon berusia 46 tahun itu meletakkan keputusan sepenuhnya di tangan anak-anak. Tambah Norman, anak perempuannya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi dan dengan itu, dia ingin Marissa untuk habiskan pelajarannya terlebih dahulu.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.