
Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman berkongsi kini menjalani kehidupan dengan baik selepas perpisahannya dengan bekas suami, Mohd Razzi pada Mei yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Antara Saya Dengan Allah’ – Norreen Iman Ulas Isu Buka Tudung
Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Dia Faham Tanggungjawab Terhadap Anak..Boleh Hidup Bahagia, Tapi Jangan Abaikan Mereka’ – Norreen Iman
Hidup dengan baik

Ketika ditemui OhBulan!, Norreen, 32, meluahkan rasa syukur apabila segala urusannya dipermudahkan, selain anak-anaknya juga berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, rezekinya juga tidak putus-putus meskipun berdepan episod pahit dalam kehidupan rumah tangganya.
Kalau nak tahu perkembangan saya sekarang, Alhamdulillah semuanya baik.
Anak saya terjaga, ibu saya sihat, saya okay dan alhamdulillah rezeki pun okay.
Ketika ditanya mengenai perkongsiannya di media sosial yang menyentuh hal peribadi, Norreen tidak menafikan perkara itu mempunyai kaitan dengan apa yang dilaluinya selepas bercerai.
Saya rasa apa yang kalian lihat di media sosial adalah rentetan daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Bagaimapun, pada 21 Mei lalu, Norreen sah bercerai talak satu dengan Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.








