
Pempengaruh dan pelakon, Norreen Iman tampil memberi respon selepas tular satu berita mendakwa dirinya kini sudah bergelar ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Mahu Hidup Tenang, Tepis Dakwaan Perkahwinan Bergolak – ‘Apa Yang Jadi Di Rumah, Kekal Di Rumah’
‘Aku pening’

Dakwaan itu timbul apabila ada pihak mendakwa melihat Norreen atau nama penuhnya Norreen Iman Abdullah, 31, meninggalkan komen pada hantaran seorang wanita yang juga ibu tunggal di platform Threads.
Norreen menjelaskan, dia hanya menitipkan kata-kata semangat kepada wanita terbabit kerana mengaguminya membesarkan dua cahaya mata meskipun tanpa suami di sisi.
Aku pening. Pertama sekali itu adalah threads orang lain. Kedua, sebab aku sangat kagum dengan seorang wanita yang juga ibu tunggal membesarkan dua anaknya. Boleh tak bayangkan?
Sementara itu, Norreen menerusi satu klip pendek di Instagram Story berkata, tiada kepentingan untuknya memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut.
Explain jadi hal, tak explain pun jadi hal. Kalau explain untuk apa? Untuk memuaskan orang lain? Biarkan lah, hidup aku, hidup ini kena santai.
Terdahulu, Norreen menafikan rumah tangganya bersama suami, Razzi Razak sedang bergolak sekali gus menegaskan mahligai perkahwinan yang dibina masih utuh.
Sekadar info, Norreen dan Razzi berkahwin pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)
