
Penyanyi, Nourul Depp membuka kisah peribadinya yang tidak pernah dikongsi selama ini apabila mendedahkan pernah disahkan menghidap kanser saluran faraj tahap pertama sekitar tahun 2018.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nourul Depp Respon Netizen Perli Syok Sendiri Mahu Anjur ‘Mini’ Konsert – ‘Saya Ada Beberapa Album’
Kanser
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, berkata, penyakit itu memaksa dirinya menjalani beberapa pembedahan termasuk pembuangan uterus pada September 2020 serta ovari pada tahun berikutnya.
Doktor sarankan ambil suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) selama enam bulan yang selalunya untuk wanita berdepan masalah uterus.
Namun, kanser itu tetap datang lagi dan berkembang daripada pra kanser kepada tahap satu. Proses itu berlaku sehingga saya anak keempat. Kalau makin teruk, saya takkan mengandung.
Selepas doktor sahkan memang kanser, saya ambil keputusan buang uterus dan ovari. Alhamdulillah, sekarang sudah okey.
Bercerita lanjut, pelantun lagu Kerana Terluka tidak menolak kemungkinan penyakit itu berpunca daripada tekanan emosi melampau yang dialaminya selepas kerugian RM80,000 akibat ditipu pihak yang berjanji mahu menerbitkan album berbahasa Perancis untuknya pada 2018.
Meskipun melalui tempoh sukar, Nourul kini bersyukur kerana kesihatannya semakin baik dan terus kekal positif menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.
Sebuah syarikat tempatan janji nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami pun tandatangan perjanjian sebelum laburkan duit dulu.
Realitinya, kami ditipu sehingga kes masuk mahkamah tetapi sehingga hari ini mereka lesap dan RM80,000 tak dapat semula. Itu memang antara dugaan hidup paling besar buat saya.
Memang kalau stres melampau disebabkan hormon kortisol tinggi. Kebanyakan yang dapat masalah kanser sekarang semua sebab stres.
Dalam perkembangan lain, Nourul dalam rangka promosi Konsert For You: Nourul anjuran Rong Geng Entertainment akan berlangsung pada 17 April tahun depan di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati menerusi ticket2u.
Sumber: Kosmo