Penyanyi Nubhan didakwa telah melafazkan talak yang pertama terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah pada tahun 2017 dan hari ini merupakan lafaz penceraian yang kedua.

Artikel Berkaitan: Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Buka Ladang Seluas Empat Ekar, Netizen Bangga Dengan Kejayaan Anak Melayu – ‘Dah Saing Khairul Aming’

Tak daftar

Menurut peguam yang mewakili Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader, pasangan ini telah rujuk dalam tempoh iddah selepas lafaz yang pertama namun tidak didaftarkan.

Hari ini merupakan tarikh sebutan pertama bagi permohonan plaintif, iaitu suami kepada anak guam saya. Beliau memohon untuk mengendors dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk.

Rupanya, pada tahun 2017, dia pernah melafazkan cerai sekali, tetapi telah merujuk semula dalam tempoh yang singkat. Namun, perkara itu tidak pernah didaftarkan, termasuklah rujuk berkenaan.

Dalam permohonan hari ini, dia memfailkan sekali dua lafaz talak iaitu talak pertama (pada 2017) dan talak kedua (pada Ogos).

Jadi, hakim akan memutuskan sama ada ingin mendengar kedua-dua pengesahan sekaligus, atau menyelesaikan dahulu isu talak pertama dan rujuk itu, sebelum mendengar pengesahan talak kedua.

Datuk Akberdin berkata demikian ketika ditemui pada Mahkamah Rendah Syariah Sepang, sebentar tadi.

Jatuh talak atau tidak

Berkongsi lebih lanjut, Datuk Akberdin memaklumkan bahawa mahkamah akan meneliti niat lafaz yang dibuat penyanyi berusia 39 tahun itu.

Susulan itu, Nubhan didakwa bakal membayar denda atas lafaz talak yang dibuat luar mahkamah.

Biasalah, apabila lafaz dibuat di luar mahkamah, punca sudah tidak relevan lagi.

Mahkamah hanya akan meneliti sama ada lafaz cerai itu dibuat dengan niat, dalam keadaan waras, tanpa paksaan atau ugutan.

Secara asasnya, itu faktor utama yang akan dilihat oleh mahkamah. Jika disabitkan, maka jatuhlah talak dua.

Jika lafaz cerai dibuat di luar mahkamah, pihak berkuasa akan mencari dan menuduh suami atas kesalahan melafazkan cerai di luar mahkamah.

Suami juga perlu membayar denda dahulu itu proses biasa.

Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.