![[VIDEO] Nubhan Buka Ladang Seluas Empat Ekar, Netizen Bangga Dengan Kejayaan Anak Melayu – ‘Dah Saing Khairul Aming’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/nubhan.jpg)
Perkongsian penyanyi Nubhan meraih perhatian warganet dengan kejayaannya yang berjaya menghasilkan ladang seluas empat ekar untuk bisnes Sambal Tempoyak Daun Kayu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Hadiahkan TV Baru Untuk Mak Jenny, Netizen Tersentuh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Berita Kematian Wanita Mirip Mak Jenny, Nubhan Tampil Perjelas – ‘Kematian Itu Benar Tapi Bukan Ibu Saya’
Ladang empat ekar
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, dilihat memberi kejutan istimewa buat ibunya, Mak Jenny.
Ujarnya, proses penghasilan ladang untuk Sambal Tempoyak Daun Kayu adalah tidak mudah dan mengambil masa hampir dua tahun.
Akhirnya Mak Jenny ada ladang sendiri untuk buat Sambal Tempoyak Daun Kayu.
Ladang ini keluasan empat ekar.
Sebenarnya, untuk buka ladang ini bukan satu kerja yang mudah. Nak kena tahu tanam pokok, pokok mati, dan pokok kena virus.
Setelah hampir dua tahun, baru kami bersedia untuk mengeluarkan Sambal Tempoyak Daun Kayu dengan bahan-bahan yang lengkap.
Saya buat ladang ini sebab kita susah nak dapat daun-daun ini. Jadi kita tanam.
‘Tahniah anak melayu’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan usaha dan kejayaan penyanyi berusia 40 tahun itu yang berjaya menghasilkan ladang sendiri. Selain itu, warganet turut menyamakan Nubhan dengan pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang sentiasa komited dalam perniagaan.
Sumber: TikTok @nubhan86