Perkongsian terbaharu di Instagram Stories (IG Story) milik isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berjaya mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai
‘Belum kahwin’
Menerusi muat naik tersebut, Nurul Shuhada berkongsi perbualan bersama bapanya yang bertanyakan mengenai status anak-anaknya yang masih belum mendirikan rumah tangga.
Pertanyaan tersebut kemudian dijawab oleh salah seorang adik Shuhada sebelum disambut olehnya.
Abah tanya, sekarang berapa anak abah tak kahwin lagi. Syifa (adik Shuhada) jerit dua orang.
Saya sambung dari belakang, tiga, tiga! Abah cakap oh, sekarang dah jadi tiga semula.
Bagaimanapun, perbualan Shuhada bersama bapanya itu difahamkan hanya sekadar gurauan.
Untuk info, kemelut rumah tangga yang melanda Nurul Shuhada dan suami, Hafidz Roshdi masih belum menemui tiktik nokhtah.
Perkahwinan yang dibina pasangan itu dikatakan retak selepas timbulnya dakwaan wujud orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Mahkamah kemudian memutuskan 27 Julai depan bagi keputusan lafaz cerai Nurul Shuhada dan Hafidz.
Imbas kembali, Nurul Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber: Instagram