berita

Nurul Shuhada Syukur Beban Diangkat Allah, Tak Sorok Berita Perceraian Dengan Anak

July 27th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya akhirnya menemui titik nokhtah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai

Hafidz, Shuhada cerai talak satu

Shuhada Hafidz

Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada berkata segala beban dan masalahnya sudah diangkat oleh Allah dan akui bersemangat untuk menjalani kehidupan yang baharu.

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah permudahkan segala urusan, Allah lancarkan semuanya. Saya rasa Allah sudah angkat satu beban dalam hati saya.

Kini hidup saya lebih bersemangat lagi, tidak perlu bergantung hidup dengan orang lain. Saya akan lalui dan tempuhi semuanya selepas ini.

Saya sekarang mahu memberikan fokus pada diri sendiri, nak capai cita-cita saya.

Shuhada berkata demikian sejurus selesai prose lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.

Dalam masa sama, Shuhada berkata dia tidak akan menyorokkan berita perceraiannya daripada anak-anaknya.

Saya memang tidak sorok apa-apa dengan anak-anak, mereka tahu yang saya dan Hafidz akan bercerai. Umairah kalau cerita dengan orang lain pun perkara yang sama.

Saya kata tidak apa, Allah dah tetapkan sebegitu jalan ceritanya. Allah akan gantikan dengan lebih lagi kegembiraan yang hebat.

Terdahulu, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu.

Sebelum ini, Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.

Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

SKIP THIS AD ×