Keju atau cheese ialah produk tenusu yang sering digunakan sebagai penambah rasa dalam pelbagai hidangan, menjadikannya antara bahan dapur paling digemari ramai.

Artikel Berkaitan: Panduan Pemakanan Untuk Pesakit GERD

Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis ‘Intermittent Fasting’, Diet Sihat Berdasarkan Kaedah & Jadual Makan

Pelindung semula jadi

Selain memberikan tekstur yang lebih kaya dan sedap, keju juga mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti kandungan vitamin A, vitamin B12, Vitamin C, kalsium, seng, fosfor, zat besi dan kalium serta lemak sihat yang bermanfaat untuk tubuh.

Salah satu manfaat keju ialah kemampuannya mencegah kanser, kerana ia mengandungi Conjugated Linoleic Acid (CLA), sejenis komponen yang membantu tubuh melawan perkembangan sel kanser.

Selain itu, kandungan vitamin B dalam keju turut bertindak sebagai pelindung semula jadi yang membantu menguatkan lagi sistem badan daripada pelbagai penyakit.

Keju juga terkenal sebagai sumber kalsium yang sangat baik, menjadikannya makanan yang membantu mengekalkan tulang yang kuat serta mengurangkan risiko osteoporosis.

Dalam masa yang sama, kandungan vitamin B dalam keju turut bereranan penting dalam membantu tubuh menyerap dan mengagihkan kalsium dengan lebih berkesan ke seluruh struktur tulang.

Bagi mereka yang bertubuh kurus dan sedang berusaha menambah berat badan, mengambil lebih banyak keju dalam hidangan harian adalah pilihan yang ideal.

Kandungan protein, kalsium dan lemak yang terdapat dalam keju tersebut membantu menyokong peningkatan jisim otot, penambahan lemak sihat serta menambah berat dan kepadatan tulang secara lebih berkhasiat.

Proses pembentukan sel baharu

Seterusnya, keju juga dapat membantu menjaga kesihatan gigi, kerana kandungan kasein di dalamnya bertindak dalam membentuk lapisan pelindung nipis pada enamel.

Lapisan ini berfungsi sebagai perisai yang membantu mengurangkan risiko kerosakan dan mengekalkan kekuatan gigi.

Selain baik untuk tulang dan jisim otot, keju juga bermanfaat untuk kesihatan kulit, kerana kandungan vitamin B membantu pembentukan sel baharu, menjadikan kulit lebih berseri.

Ia juga menyokong kesihatan mata, dengan vitamin A mengekalkan fungsi penglihatan dan mengurangkan risiko rabun.

Selain itu, keju membantu menguatkan sistem imun, terutamanya jenis seperti blue, Swiss, dan cheddar yang kaya dengan selenium dan antioksidan.

Kandungan vitamin B dalam keju turut menyokong fungsi tubuh secara keseluruhan, sekali gus meningkatkan daya tahan badan.

Sumber: Maskulin