berita

Nyanyi Lagu Sejarah Mungkin Berulang Di Kaki Lima, Tomok Gembira Dapat Bantu Lelaki Kurang Siuman

July 8th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Tomokofficial 

Lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ nyanyian kumpulan New Boyz pernah menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu dan kekal diminati sehingga kini. Terbaharu, vokalis kumpulan pop rock itu iaitu Tomok telah memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang.

Dapat perhatian Tomok

Foto: Tomokofficial 

Rakaman yang dimuat naik penyanyi itu sendiri telah memaparkan seorang lelaki sedang mendendangkan lagu Sejarah Mungkin Berulang sambil duduk di kaki lima di hadapan sebuah bank. Nyanyian lelaki yang berpakaian compang-camping dan lusuh serta berkaki ayam itu dikatakan dirakam oleh orang awam.

Mungkin dia lalui masa yang sukar.

Sesiapa yg jumpa abang ni minta tolong DM saya ya..terima kasih guys.

Di perkongsian itu, Tomok meminta sesiapa yang mengenali lelaki tersebut supaya menghubunginya melalui DM. Tomok juga mendapat tahu lelaki tersebut menetap di Semporna, Sabah dan memohon orang tempatan di situ mencari lelaki itu.

‘Saya bantu apa yang mampu’

Foto: Tomokofficial 

Tidak lama kemudian, Tomok memuat naik sebuah foto yang menunjukkan tangkap layar dia sedang membuat panggilan video bersama lelaki tersebut.

Alhamdulillah saya dapat bercakap dengan abang ini tadi..terima kasih rakan rakan di Semporna, Sabah yang usahakan dengan begitu cepat.

Saya bantu apa yang mampu..saya harap abang ceria di Hari Raya Aidiladha nanti.

Alhamdulillah.

Tomok meluahkan rasa syukur apabila hajatnya yang ingin membantu lelaki tersebut akhirnya tercapai atas bantuan orang tempatan yang bertindak pantas.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Sumber: tomokofficial

SKIP THIS AD ×