Pelawak, Achey berkongsi momen mengharukan apabila anaknya, Nur Tiara membantu melakukan kerja rumah menerusi perkongsian di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Sebak Anak Berjaya Jual 3,000 Paket ‘Candy’, Raih 21 Juta ‘Likes’
Bantu buat kerja rumah
@achey_kintangkintung Alhamdulillah.. anak bertuah ni.. bila mama sihat dia mengada ngada.. semua benda susah nak buat…Bila mama tak sihat… baru muncul tanggungjawap dia… takpe lah asalkan awak faham apa itu tanggungjawap.. @tiaracandy_official @anne_achey21 ? original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Menerusi perkongsian tersebut, Tiara dilihat sedang memasukkan pakaian yang sudah dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering ke dalam bakul pakaian.
Menurut Achey, Tiara sering membantunya melakukan kerja rumah setiap kali isterinya, Nor Hasanah Yahaya berada dalam keadaan yang kurang sihat.
Alhamdulillah, anak bertuah ini bila mama sihat dia mengada ngada, semua benda susah nak buat.
Bila mama tak sihat, baru muncul tanggungjawab dia.
Tak apa lah asalkan awak faham apa itu tanggungjawab.
Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum melihat sikap kerajinan yang ditunjukkan Tiara.
Ada juga di kalangan netizen yang terhibur melihat cara Tiara yang menggunakan kaki untuk memenuhkan pakaian yang sudah kering ke dalam bakul pakaian.
Komen netizen
Sumber: TikTok