Program realiti nyanyian terbaru iaitu Famili Duo kian mencuit hati para penonton terutama sejak episod kedua semalam. Kehangatan dan kegembiraan anak beranak di atas pentas dalam episod kedua itu turut menghiburkan hati para juri iaitu Mark Adam dan Didie Alias.
Artikel berkaitan: Keriangan Keluarga Dalam Satu Suara, Program Nyanyian ‘Famili Duo’ Mula Bersiaran Malam Ini!
Seramai lima pasangan anak beranak telah tampil melakukan persembahan semalam. Antara pasangan tersebut ialah Siti Saerah dan Umairah, Ashira dan Syed Aziz, Aisha Retno dan Jen Retno, Sharifah Zarina dan Athalia serta Sharifah Shahira dan Tallisya yang terlalu sempoi habis!
Ingat Ella perform
Seperti umum sedia maklum, selain menjadi penyampai radio, Sharifah Shahira turut dikenali sebagai seorang pelawak yang sentiasa menghiburkan hati ramai orang. Dalam episod Famili Duo semalam, Sharifah Shahira bersama anaknya iaitu Tallisya berjaya membuat penonton dan juri tidak kering gusi apabila mereka cuba ‘meniru’ gaya nyanyian ratu rock negara iaitu Ella ketika menyanyikan lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’.
Oleh kerana persembahan mereka terlalu sponton dan menghiburkan, juri tetap iaitu Didie Alias telah memberikan lima microphone buat pasangan anak beranak itu setelah mereka selesai melakukan persembahan. Menurut Didie, persembahan mereka berdua sangat menghiburkan walaupun belum dinilai dari segi vokal oleh Mark Adam.
Juara mingguan
Setiap episod, satu pasangan akan dinobatkan sebagai juara mingguan di hujung rancangan. Jika episod pertama kita dapat menyaksikan Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dinobatkan sebagai juara. Minggu ini pula, rezeki berpihak kepada Siti Saerah dan Umairah. Mereka berjaya membawa pulang RM10 ribu sebagai pemenang migguan.
Buat korang yang belum mengetahui format pertandingan ini, Famili duo akan menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas.
Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri. Untuk episod akan datang, lima pasangan suami isteri pula bakal berentap untuk meraih gelaran juara mingguan. Antara pasangan suami isteri tersebut ialah Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, Salma Asis dan Azri, Anas Ridzuan dan Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana serta Lan Solo dan Sheila.
Sumber: TV3 Malaysia