berita

Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Mandarin Bertujuan Untuk Beri Kefahaman Kepada Murid

December 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini negara kita kecoh dengan sepotong video yang memperlihatkan lagu kebangsaan, Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin oleh murid-murid di sebuah sekolah. Perkara tersebut telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar dan seakan mencabar kedaulatan negara.

Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan cubaan melanggar Perlembagaan Negara Malaysia secara sengaja mahupun tidak.  Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Pelajaran memaklumkan bahawa mereka sudah mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Untuk kefahaman

Menurut Datuk Dr Amin Senin, beliau berkata siasatan berhubung perkara itu mendapati perkara tersebut dikatakan dilakukan dengan tujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab menyanyikan lagu kebangsaan.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati perlakuan itu hanya berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sahaja.

Hasil siasatan mendapati bahawa perlakuan tersebut hanya semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dan ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan.

Gunakan kebijaksanaan

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua sekolah untuk sentiasa menggunakan kebijaksaan dalam melaksanakan perkara asas terhadap lambang negara termasuk lagu kebangsaan dalam PdP.

Malah Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua sekolah bahawa lagu Negaraku tidak boleh diubah mahupun dipinda dalam apa jua bentuk meskipun untuk acara rasmi sekolah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu akan dibuka.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×