Kalau dah tertulis itu rezeki kita, dihempap gunung pun tetap akan sampai ke tangan kita.
Ini kisah seorang pesara yang terkejut selepas mendapati barang kemas yang hampir dibuang ketika membersihkan rumah sebenarnya adalah sebutir berlian 32 karat bernilai £2 juta (RM11.43 juta).
Artikel Berkaitan: Anak Terbuang Kotak Emas, Jenuh Selongkar Lori Sampah – ‘Kalau Hilang Ni Menangis Tak Berlagu!’
Beli dekat car-boot
Memetik laporan The Mirror, wanita berusia 70-an menyatakan batu berlian itu dibeli pada jualan but kereta (car-boot) bertahun-tahun lalu. Katanya, dia tidak mengetahui nilainya sehingga diberitahu jiran bahawa berlian itu adalah luar biasa nilainya.
Wanita tersebut juga hampir membuang berlian yang ditemui bersama beberapa barang perhiasan lain ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.
Sangka berlian tiruan
Sementara itu, Mark Lane, dari Featonby’s Auctioneers di North Shields, memberitahu wanita itu datang ke kedai bersama satu beg berisi barang kemas.
Ia berada di dalam kotak bersama-sama beberapa barangan kemas bernilai rendah. Kami menemui batu berlian besar dan saya pada mulanya menyangka ia merupakan kubik zirkonia iaitu sejenis berlian tiruan.
Kami kemudian menghantarnya kepada rakan di London sebelum ia disahkan oleh pakar dari Antwerp, Belgium sebagai berlian 32 karat.
Sumber: The Mirror