berita

Lelaki Culik Isteri Rakan Selepas Bertahun ‘Stalk’ & Mengurat

January 10th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki telah ditahan selepas didakwa menculik isteri rakannya di sebuah hotel di wilayah Chon Buri, Thailand.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Hilang Tiga Minggu, Rupa-Rupanya Dijual Di Aplikasi ‘Dating’

Cuba mengurat

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, pihak polis menerima laporan mengenai seorang wanita hilang pada 5 Januari.

Menurut suami mangsa, dia mempercayai bahawa rakannya, Kong yang melakukan perbuatan tersebut kerana suspek sering mengintai dan cuba mengurat isterinya selama bertahun-tahun, walaupun mereka sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Polis berjaya mengesan suspek menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), di mana Kong mengugut mangsa dengan pistol dan mengarahkannya untuk menaiki motosikalnya.

Rakan sekerja mangsa berlari ke seberang jalan untuk menyelamatkannya tetapi dia terpaksa berundur apabila Kong mengacukan pistolnya ke arahnya.

Walau bagaimanapun, polis mengesan isyarat Kong dan menemuinya dalam perjalanan ke sebuah hotel di wilayah Chon Buri.

Pihak polis segera melakukan serbuan di lokasi kejadian untuk menangkapnya, namun suspek cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah polis beberapa kali.

Polis akhirnya berjaya menahan suspek dan menyelamatkan mangsa dengan selamat.

Mangsa berkata, suspek telah mengancam untuk membunuhnya dan rakannya dalam perjalanan dari Chachoengsao ke Chon Buri.

Malah dia turut bimbang Kong akan dibebaskan sementara dan kembali untuk mencederakan dia dan keluarganya.

Kong akan menghadapi pertuduhan lanjut berkaitan pemilikan senjata api dan melepaskan tembakan, tetapi pegawai masih belum mengeluarkan butiran pertuduhan itu.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×