Bagi kaki makanan laut atau ‘seafood’, memang ini ‘syurga’ untuk anda menjamah sepuas hati dengan harga berpatutan.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Biar Betul 3 Oyster RM12? Ini Sebab Anda Perlu Datang Ke Seafood Festival 2024
Artikel Berkaitan: Surrr.. 10 Lejen Nasi Kandar ‘Berkampung’ Di Nasi Kandaq Fest
15,000 pengunjung
Menurut CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal, 15,000 pengunjung dijangka akan ‘menyerbu’ Seafood Festival yang diadakan hari ini dan esok di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Kami menjangkakan 15,000 pengunjung yang akan datang selama dua hari karnival ini. Kami harap orang ramai yang hadir dapat menikmati semua makanan di sini.
Bukan ‘main tangkap muat’ vendors
Meskipun tanpa penglibatan selebriti dan pempengaruh media sosial untuk membuat pemasaran, Adly percaya dengan kekuatan karnival ini yang sudah cukup dikenali.
Bagi kami sebagai pencinta makanan, mereka adalah artis. Mereka ibarat hero kepada penggemar makanan berasaskan makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam.
Malah, ada yang turun ke laut untuk mencari hasil laut yang segar demi acara hari ini.
Jadi, kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024.
Dalam pada itu, bercerita mengenai pemilihan konsep, Adly berkata dia ingin menekankan bahawasanya harga makanan ‘seafood’ yang dibawa tidak mahal seperti dijangka.
Kami sudah menganjurkan program seumpama ini lebih 10 tahun lalu. Kami bermula dengan perniagaan makanan nasi lemak, burger, ayam goreng, nasi kandar dan kami meneruskan acara dengan makanan hasil laut, Seafood Festival 2024.
Orang rasa makanan seafood mahal, tapi untuk hari ini kebanyakan vendor kami menawarkan harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik.
Malah, ada juga disediakan hidangan unik yang mesra muslim, kesemua 15 vendor menampilkan hidangan signature tersendiri.
Antara vendor yang terlibat dalam Seafood Festival 2024 ialah Kingu Kongu, Seafood spread dari Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Sushika, Crispy Chippy, Top Catch, Bolok Troops, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.
Sekadar info, FriedChillies adalah syarikat food media yang mengetengahkan tempat makan menarik kepada orang ramai sejak tahun 1997. Mereka adalah kru di sebalik pesta-pesta makan ikonik seperti I Eat Nasi Lemak, I Eat Burgers, Ayam Lejen dan FriedChillies Makan Best Series.
FriedChillies juga ada resipi-resipi, rancangan bertemakan makanan dan juga projek konservasi kuih bernama Projek KWIH yang dijalankan bersama Yayasan Hasanah. Layari web kami www.friedchillies.com atau ikuti kami di FB dan IG @friedchillies.
Sunway Putra Mall yang berlokasi di tengah ibu kota, senang dikunjungi melalui LRT, KTM dan servis e-hailing.
View this post on Instagram
Kredit: Instagram @friedchillies