Kalau korang rindu vibe berbuka macam dekat kampung, lauk penuh satu meja, bau masakan tradisi semerbak, lagu lama berkumandang, ini mungkin spot yang patut masuk dalam list.

Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Adeep Nahar Rambang Mata Tengok 70+ Hidangan, Siap Tambah Berpinggan-Pinggan

Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Nasi Kandaq Fest 3.0 Kembali! Ada Promosi Khas RM3 Untuk 333 Pengunjung

Konsep kenduri kampung

Restoran Demangan tampil dengan pengalaman bufet Ramadan yang diberi nama Kenduri Senja, berlangsung di WG Glassville bermula 21 Februari hingga 17 Mac 2026.

Konsepnya bukan sekadar makan sampai kenyang, tapi lebih kepada rasa ‘kenduri kampung’ yang memfokus pada masakan asli Selatan Semenanjung seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut Pengasas Bersama Demangan, Aida Rahim, ruang WG Glassville dipilih kerana menepati keperluan dari segi keluasan dan keselesaan.

WG Glassville menawarkan ruang yang luas, tersusun dan berkarakter, selari dengan visi Demangan untuk membawa pengalaman santapan Melayu klasik ke tahap yang lebih eksklusif dan bermakna.

Ini lima sebab kenapa ramai cakap pengalaman dia lain macam:

  1. Kari Kepala Jenahak ‘Level Lain’

Berpegang teguh pada warisan rasa, Demangan menampilkan Kari Kepala Jenahak sebagai antara sajian yang benar-benar mencerminkan identitinya. Hidangan ini mengambil inspirasi daripada masakan Johor dan Negeri Sembilan, dengan olahan rempah yang kaya dan seimbang.

Apa yang membezakan di Kenduri Senja, setiap tetamu akan menerima hidangan ini secara peribadi dan bukan sekadar cedokan biasa di meja bufet.

  1. Konsep Kenduri Kampung, Tapi Versi Upgrade

Kenduri Senja direka untuk menampung sekitar 200 tetamu pada satu-satu masa, memberikan pengalaman berbuka yang lebih santai dan tersusun.

Tambahan live stalls, sudut kanak-kanak, dan iringan muzik Melayu klasik pula mencipta suasana hangat dan mesra, sesuai untuk keluarga, rakan, atau majlis berbuka korporat yang ingin lebih intim dan selesa.

  1. Lebih 100 Menu Bertukar Setiap Minggu

Kenduri Senja menawarkan lebih 100 jenis juadah, merangkumi masakan tradisional dari Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, termasuk hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Seafood Bakar dan Yong Tau Fu.

  1. Kemudahan yang lengkap

Tempat letak kenderaan disediakan, lokasi pula strategik berdekatan pengangkutan awam, lengkap dengan ruang solat dan tandas untuk keselesaan pelanggan.

  1. Harga Masih Mesra Poket

Untuk mereka yang ingin merancang lebih awal, harga Early Bird bagi tempahan antara 21 hingga 31 Januari adalah RM75++ untuk dewasa, RM69++ bagi warga emas dan OKU, manakala kanak-kanak berusia 4–12 tahun pula RM45++.

Harga normal pula adalah RM89++ untuk dewasa, RM69++ untuk warga emas dan OKU, dan RM45++ untuk kanak-kanak 4–12 tahun. Semua harga tidak termasuk Caj Perkhidmatan 10% dan SST 6%.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web kendurisenja.demangan.com.my, WhatsApp untuk tempahan korporat atau berkumpulan di 011-1310 5820, atau menerusi Instagram @demangan.bangi.

Sementara itu, Aida turut berkongsi bahawa pembangunan Demangan seterusnya akan menumpukan pada pengembangan jenama, penerokaan konsep baharu, dan kemungkinan pembukaan lokasi baru bagi mendekati komuniti lebih luas, sambil mengekalkan identiti Melayu klasik premium serta kualiti hidangan.

Kolaborasi seperti ini akan diteruskan sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan Demangan. Ia membolehkan kami memperkenalkan pengalaman baharu, mendekati komuniti, dan mengekalkan identiti Melayu klasik yang menjadi teras restoran.