Ibarat pulang ke kampung halaman, itu perasaan yang akan dirasai pengunjung tatkala melangkah masuk ke buffet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Restoran Chopsticks Asia Sedia Makanan Cina Halal, Sudah Masuk Fasa Akhir Untuk Dapat Sijil Dari JAKIM
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Pertama oleh TIEN by PUTIEN
Boleh ubat rindu kampung
Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan yang bakal memberi citarasa berbeza terutama kepada mereka yang merindukan suasana berbuka di kampung.
Pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan berkata, pengunjung ‘Kampung Lah’ tahun ini bakal merasai pengalaman berbeza seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang, alunan lagu-lagu Melayu Asli sekali gus mengimbau kenangan lama mengusik kalbu.
Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa, cara asli turun temurun.
Kami bangga dengan masakan lemak kami selain hampir 100 juadah lain yang bakal memberi nuansa Melayu asli kepada pengunjung. Bayangkan duduk bersama keluarga dan sahabat handai, bergurau senda dan menikmati hidangan dahulu kala.
Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Citarasa Kampung Lah yang kami sajikan kepada semua.
Guna teknik salai
Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, ‘Kampung Lah’ turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.
Di Kampung Lah, proses penyediaan kambing golek berbeza. Kami menggunakan teknik salai sebelum menggoleknya untuk memberi aroma dan rasa berbeza dalam setiap suapan. Kami menggunakan tempurung kelapa di samping perapan istimewa.
Malah, kelainan yang kami tampilkan adalah kambing golek akan sentiasa bergolek di atas pemanggang sehingga tamat sesi iftar. Apabila kambing golek pertama habis, kami akan terus menggolek yang baharu.
Itu untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan istimewa kami tanpa henti. Kita mahu pengunjung dapat bergurau senda, menikmati juadah tanpa risau tentang jumlah hidangan yang disediakan.
Selain kambing golek, pengunjung juga berpeluang untuk merasai Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor. Itu antara keistimewaan yang diperkenalkan ‘Kampung Lah’ tahun ini kepada pengunjung.
Tahun ini juga, sudah semestinya kami membawakan pelbagai aktiviti dan acara termasuk dendangan muzik daripada kumpula Alun Tradisi yang dikenali ramai. Nikmat rasa dan halwa telinga kami sajikan tahun ini.
Kita juga ada beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan. Ada juga aktiviti lain bersesuaian dengan konsep dan tema kampung kami tahun ini.
Untuk info, Iftar Citarasa Kampung Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac depan sehingga 5 April ini dengan tawaran harga mampu milik bermula RM98 (early bird) dan RM109 untuk pengunjung.
Selain itu, tawaran potongan 50 peratus kepada kanak-kanak dan warga emas juga turut ditampilkan selain potongan harga istimewa untuk organisasi bagi belian kuantiti besar.
‘Kampung Lah’ mula beroperasi pada 2022 dan mempunyai tiga cawangan di Kota Damasara, Summit USJ dan Serdang (Kampong Salai).
‘Kampung Lah’ merupakan perniagaan yang dibina bersama Fairuz Idwan yang bertindak di bahagian pengurusan dan Chef Ibnu (inovasi menu hidangan) manakala Diana Rahman bertindak sebagai Pengarah Pemasaran.
Pengunjung yang berminat boleh menghubungi talian +60127171723 untuk maklumat lanjut dan tempahan selain melayari laman sosial ‘Kampung Lah.’