berita

#OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Di TIEN by PUTIEN

March 11th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pejam celik pejam celik, akhirnya bulan Ramadan sudah tiba. Di awal-awal bulan puasa ni, pasti korang semua terfikir nak berbuka dekat mana nanti bersama keluarga, rakan mahupun pasangan. Betul tak?

Untuk #OBCallingFoodies kali ini, kami nak beri cadangan dekat korang mengenai sebuah restoran yang menarik di pusat beli-belah Suria KLCC.

Makanan sedap, harga berpatutan!

Kalau korang nak tahu, restoran popular PUTIEN telah membuka cawangan mesra muslim pertamanya iaitu TIEN by PUTIEN yang menyajikan hidangan cina dari Fujian.

Terletak di aras 4, restoran yang kelihatan selesa ini boleh menempatkan lebih daripada 100 orang. Terbahagi kepada beberapa bahagian, korang boleh pilih sendiri nak duduk di bahagian mana. Siap ada ruang peribadi lagi!

Berbicara mengenai menu, kami disajikan dengan set meal untuk empat orang yang bernilai RM560. Untuk hidangan pertama, kami dihidangkan dengan set pembuka selera. Hidangan pembuka selera ini terdiri daripada octopus, braised tofu, braised bamboo shoots, dan rumpai laut PUTIEN’s yang tuaian pertama.

Kemudian, pihak restoran menghantar sup rumpai laut yang dicampurkan dengan ketam dan tauhu untuk kami. Istimewa sup ini ialah rumpai laut yang digunakan sangat  fresh dan sedap!

Selepas menikmati sup, tiba masanya untuk kami menikmati beberapa hidangan utama iaitu udang goreng bijirin, ikan siakap goreng dengan asam, keladi goreng manis, daging masak lada hitam dan nasi goreng seafood.

Berdasarkan menu utama yang dihidangkan, udang goreng bijirin, ikan siakap goreng asam dan keladi goreng manis menjadi tiga  hidangan utama pilihan kami! Mana taknya, saiz udang yang agak besar bersama bijirin yang terlalu banyak membuatkan kami berasa puas untuk menikmati hidangan tersebut.

Sama juga ikan siakap yang disajikan. Fresh, besar dan rasa asam yang secukupnya. Keladi pula walaupun rupanya seakan keropok lekor, rasanya tidak mampu digambarkan. Keladi ini diimport khas dari Fujian.

Sambil makan dan menikmati view dalam restoran dan kawasan di sekeliling KLCC, kami dihidangkan pula dengan pencuci mulut. Segmen pencuci mulut ini membuatkan kami teruja seperti kanak-kanak. Nama menu pencuci mulut yang disajikan pada masa itu ialah Chilled Lemongrass Jelly with Fruits.

Serendah RM228

Sebarang tempahan boleh dilakukan menerusi panggilan telefon, kiriman Whatsapp dan juga walk in. Berkaitan harga pula, set paling murah bernilai RM228 diikuti RM560, RM1088, RM1388 dan RM2188.

No telefon – 03-2181 2839 Facebook – https://www.facebook.com/tienbyputien

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×