berita

#OBFesyen: Fiziwoo Pilih Ruhainies Sebagai Muse Riviera Raya, Tampil Dengan Koleksi Warna Pastel

March 12th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Fiziwoo Studio sebuah jenama yang terkenal dan tidak asing lagi dalam industri fesyen. Reka bentuknya yang inovatif dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada tradisi, kali ini Fiziwoo mengumumkan pelancaran terbaharunya iaitu koleksi ‘Riviera Raya’.

Riviera Raya

Diilhamkan dari Mediterranean, koleksi kali ini sangat sesuai dengan intipati kebebasan dan santai serta mengajak pemakai untuk menghayati semangat bercuti di musim perayaan.

Melukis keindahan pantai Malaysia, koleksi Riviera Raya membangkitkan kenangan matahari, pasir, dan laut. Sempena 10 tahun Fiziwoo melancarkan koleksi raya, mereka akhirnya memperkenalkan muse untuk koleksi raya mereka iaitu pelakon, Ruhainies.

Bercerita mengenai koleksi warna pula, Fiziwoo menyediakan pelbagai warna pastel lembut sehingga ke rona tanah dan permata yang bertenaga. Pemilihan warna tersebut dikatakan simbolik kepada kepada kepelbagaian landskap Malaysia yang menawarkan sesuatu untuk setiap rasa dan kesempatan.

Sebagai tambahan kepada fabrik campuran policotton tandatangan Fiziwoo, koleksi ini turut memperkenalkan renda guipure untuk sentuhan lembut, feminin, dan jacquard tenunan untuk tampak berani serta kelihatan kontemporari pada hari raya.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan koleksi Riviera Raya Lebaran 2024 by FIZIWOO, korang boleh beli di www.fiziwoo.com dan di butik mereka yang terletak di KL East Mall.

SKIP THIS AD ×