berita

‘Oi Kenapa Tampar Aku?’ – Ridzuan Hashim Pula Dakwa Pernah Ditampar Farid Kamil

January 12th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu Farid Kamil menjadi bualan hangat netizen hari ini. Ada dakwaan mengatakan pelakon itu mengalami tekanan kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya. Namun, pihak Diana Dianelle menafi dakwaan yang dibuat oleh keluarga Farid Kamil.

Artikel Berkaitan : Tak Pernah Keluar Arahan Larang Farid Kamil Dekati Anak- Diana Danielle

Terbaru, menerusi Harian Metro pelakon veteran Ridzuan Hashim mendakwa dia ditampar di set oleh pelakon itu. Walau bagaimanapun, dia tidak mendapat jawapan di sebalik tamparan itu kerana Farid terus melarikan diri sejurus menampar.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah.Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran.

Menerusi Harian Metro, Ridzuan Hashim mengaku pernah ditampar Farid di set pengambaraan. Dia juga hairan mengapa dia ditampar sehingga kini.

Dia terus berlari keluar

Tiba-tiba Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stokin. Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.

Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar. Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan.

Mengulas kejadian Farid ditahan kemudian direman, Ridzuan mengaku terkejut dan berharap masyarakat tidak menjatuhkan hukum kepada Farid. Katanya, Farid masih muda dan dia sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.

Saya malas fikir

Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya. Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan. Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjangan. Itu antara sebab mengapa saya tidak buat laporan polis kerana tidak mahu kejadian itu dispekulasikan.

Nanti orang ingat saya yang cari pasal. Saya juga bukan jenis yang suka mengadu dengan wartawan. Selepas kejadian itu, saya malas nak fikir lagi dan terus masuk ke set penggambaran sehinggalah semua babak saya selesai jam 4.30 pagi.

Sehari sebelum Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, pelakon Ridzuan Hashim terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu.

Ridzuan ketika dihubungi mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×