berita

Tak Pernah Keluar Arahan Larang Farid Kamil Dekati Anak- Diana Danielle

January 12th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Hingga kini berita mengenai Datuk Farid Kamil masih jadi bualan hangat netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib isterinya, Diana Danielle dan anak. Apakah nasib mereka selepas ini? Apa perasaan mereka dan sebagainya. Semuanya masih belum terjawab.

Diana Danielle juga menutup ruangan komen di Instagram. Berhubung isu suaminya, ini respon Diana.

Sangkal dakwaan halang jumpa anak

Ada beberapa pihak mengatakan Farid murung kerana dihalang untuk berjumpa dengan dua anak mereka. Menerusi temubual eksklusif bersama New Straits Times (NST), Diana memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang Farid untuk mendekati anak mereka.

Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu.

Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu.

 

Tambah panas apabila rakaman video Bigo Live pelakon itu tersebar di laman sosial sejak malam semalam. Klip video tersebut dipercayai rakaman siaran langsung Farid bersama seorang lagi pelakon lelaki beberapa jam sebelum insiden Farid mengamuk di balai polis.

Walaubagaimana pun, netizen menyifatkan tingkahlaku Farid sebagai ‘pelik’ hingga ada yang mendakwa dia seperti sedang khayal ketika rakaman Bigo Live.

 

Sumber: Twitter Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×