Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang mendedahkan bahawa isterinya sendiri yang menjemputnya ke rumah dan menanggung bayaran makanan mereka ketika pertemuan awal sewaktu mula berkenalan dahulu.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’

Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

Temu janji pertama

View on Threads

Pendedahan itu dibuat selepas  Aliff, atau lebih mesra disapa Opai menjawab perkongsian seorang individu mengenai pengalaman temu janji pertama.

Kalian mesti tidak tahu kan, dulu masa temu janji pertama Fatin yang ambil saya dan belanja saya makan.

Terdahulu, tular satu perkongsian di mana individu meminta netizen membayangkan situasi pertemuan pertama apabila perempuan yang menjemput dan membelanjakan wang untuk pasangannya.

Hantaran itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya memilih untuk memberikan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman sendiri.

Komen netizen

Sumber: Threads